• Mahkamah Agung tolak rayuan Ahok

    Reporter: Admin
    Published: Tuesday, 27 March 2018
    A- A+
    JAKARTA 27 Mac - Mahkamah Agung Indonesia menolak rayuan bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok untuk menyemak semula hukuman penjara dua tahun yang dikenakan terhadapnya atas kesalahan menghina Islam.

    Jurucakap mahkamah, Suhadi berkata, semua rayuan yang dikemukakan pasukan peguam Ahok ditolak oleh hakim.

    Beliau bagaimanapun tidak memaklumkan alasan mahkamah menolak rayuan berkenaan. - Reuters/Utusan

    Subjects:

  • No Comment to " Mahkamah Agung tolak rayuan Ahok "