• Lori Langgar Saga Di Lampu Isyarat Jepak

    Reporter: Admin
    Published: Friday, 23 March 2018
    A- A+
    BINTULU: Sebuah lori tiga tan terlanggar kenderaan jenis Proton Saga yang datang dari arah bertentangan di persimpangan lampu isyarat Kampung Jepak, Jalan Bintulu – Sibu dekat sini pagi tadi.

    Difahamkan impak kemalangan yang berlaku kira-kira jam 10.09 pagi itu menyebabkan pemandu Proton Saga cedera di kepala.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak mengesahkan tiada mangsa yang tersepit dalam kemalangan tersebut.

    Seramai 11 anggota dan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan.

    “Pasukan EMRS Bomba membuat rawatan awal seterusnya menyerahkan mangsa kepada pihak ambulan hospital yang berada ditempat kejadian untuk di hantar ke hospital Bintulu,” katanya. – Sarawakiana
  • No Comment to " Lori Langgar Saga Di Lampu Isyarat Jepak "