• Lembu Melayang Dirempuh Kereta

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Monday, 12 March 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Video seekor lembu berlari laju tanpa tujuan melintasi sebuah jalan raya dipercayai berhampiran Felda Adela, Kota Tinggi, Johor mendapat pelbagai reaksi netizen, hari ini.

    Lebih memilukan, lembu berkenaan bukan sahaja dirempuh kereta malah turut melayang ke udara akibat menerima hentakan yang kuat.

    Melalui video yang dikongsikan Syam Ghaziah itu, ramai netizen berpendapat sekiranya lembu itu mempunyai tuan, individu tersebut perlu bertanggungjawab atas kemalangan yang berlaku.

    Ujar seorang pengguna Facebook, Muhamad Shahaizan Shaharudin menyatakan dia pernah mengalami peristiwa yang hampir sama.

    “Saya pernah juga hampir nyaris nak terlanggar. Sudahlah saya bawa motosikal. Tak dapat bayangkan kalau saya terlanggar lembu itu.

    “Pengembala lembu itu pula boleh biarkan tiga hingga empat ekor lembunya berada di tepi jalan utama,” ujarnya dalam satu status yang dimuat naik.

    Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook, Hafidz Idrus bersetuju bahawa peristiwa sedemikian selalu dirisaukan sekiranya memandu di kawasan yang banyak haiwan belaan yang terlepas.

    “Yang teruk kereta kita sendiri. Elok langgar tuan lembu ini sekali,” ujarnya dalam nada gurauan. – UTUSAN ONLINE


    Subjects:

  • No Comment to " Lembu Melayang Dirempuh Kereta "