• Lelaki Tanam Kereta Belakang Rumah

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Friday, 16 March 2018
    A- A+

    BEIJING: Seorang lelaki yang melakukan kesalahan langgar lari, menanam keretanya di belakang rumah untuk menghapuskan bukti selepas diburu pihak berkuasa di bandar Dali, wilayah Shaanxi.

    Menurut laporan media China, dalam kejadian Khamis lalu, suspek melarikan diri selepas kereta dipandunya melanggar seorang pejalan kaki dan tiga mangsa berbasikal elektrik hingga cedera.

    Susulan kejadian itu, polis berusaha mengesannya menggunakan serpihan bumper kereta yang ditemui di tempat kejadian serta meneliti rakaman CCTV.

    Portal berita Cnwest.com melaporkan, polis turut menyebarkan gambar suspek di media sosial dan wakil beberapa kampung.

    Suspek yang menyerah diri Ahad lalu, selepas dipujuk bapanya memberitahu dia menanam kereta berkenaan kerana bimbang dipenjara. - Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Tanam Kereta Belakang Rumah "