• Lelaki Kanada mengaku bersalah membunuh di Masjid Quebec

    Reporter: Yusz Man
    Published: Thursday, 29 March 2018
    A- A+


    OTTAWA: Seorang lelaki Kanada mengaku bersalah semalam terhadap pertuduhan membunuh enam jemaah Islam di sebuah masjid dekat Quebec, tahun lalu.

    Dalam kejadian pada 29 Januari 2017 itu yang turut mengakibatkan lebih 30 orang cedera merupakan satu daripada serangan terburuk ke atas rumah ibadah Islam di Barat.

    Alexandre Bissonnette, 28, pada awalnya mengaku tidak bersalah atas nasihat peguamnya sebelum dia mengubah fikiran.

    "Saya memutuskan untuk mengaku bersalah atas semua pertuduhan bagi mengelak keluarga mangsa daripada terus mengingati tragedi itu," katanya yang turut berdepan enam pertuduhan cubaan membunuh. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Kanada mengaku bersalah membunuh di Masjid Quebec "