• Lelaki Hafal 5 Juzuk Layak Terima Biasiswa Jadi “Pilot”

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 14 March 2018
    A- A+

    JAKARTA – Kementerian Perhubungan Republik Indonesia (Kemenhub) sedang menawarkan biasiswa kepada calon juruterbang lelaki yang dapat menghafal sekurang-kurangnya lima juzuk al-Quran.

    Pendaftaran dan pendidikan tersebut akan dilaksanakan di Balai Pendidikan dan Pelatihan (PB2) Penerbangan Banyuwangi.

    Ketua BP2 Penerbangan Bayuwangi, Afen Sena berkata, biasiswa tersebut diberikan sebagai peluang emas buat para pelajar pesantren berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

    “Proses pengambilan dilakukan mengikut standard yang telah ditetapkan dan telah bermula 6 Mac yang lepas.

    “Biasiswa ini juga diutamakan kepada pelajar pesantren yang mempunyai latar belakang keluarga kurang berkemampuan,” katanya kepada Dream.

    Menurut Afen juga, pemberian biasiswa tersebut juga bertujuan memenuhi hasrat Presiden Indonesia, Joko Widodo yang inginkan Indonesia mempunyai sebuah sekolah penerbangan di bawah Kemenhub dari pelajar pesantren.

    Calon yang berminat boleh mendaftar di laman web sipencatar.lp3b.ac.id. atau berhubung dengan pihak BP2 Penerbang Banyuwangi.

    Beliau juga berharap dengan pemberian biasiswa ini, pelajar-pelajar tersebut cemerlang dalam pendidikan, seterusnya mampu melakar sejarah dan menyumbang bakti kepada negara.

    Tambahnya lagi, pelajar-pelajar lepasan pesantren di Indonesia banyak menduduki posisi yang baik dalam pemerintah dan juga perusahaan swasta. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Hafal 5 Juzuk Layak Terima Biasiswa Jadi “Pilot” "