• Lelaki Curi Trofi Oscar Di Dakwa

    Reporter: Yusz Man
    Published: Wednesday, 7 March 2018
    A- A+


    LOS ANGELES: Lelaki yang dituduh mencuri trofi Oscar pelakon wanita terbaik, Frances McDormand didakwa atas kesalahan mencuri, kata peguam daerah itu hari ini.

    Terry Bryant, 37, berdepan hukuman sehingga tiga tahun penjara jika disabitkan atas satu kes kecurian harta yang melebihi AS$950 (RM3,700), kata pendakwa raya.

    Bryant dituduh melarikan trofi milik McDormand dari sebuah majlis mewah ketika pemenang menanti trofi Oscar mereka diukir.

    Televisyen Reuters sempat merakam gelagat Bryant ketika meninggalkan majlis itu sambil memegang patung Oscar dan berkata, "Kita sudah mendapatkannya. Kita berjaya. Kita berjaya. Saya minta diri dulu."

    Polis Los Angeles berkata, Bryant menyerahkan kembali Oscar itu tanpa masalah berhampiran pintu keluar bangunan selepas seorang jurugambar melihat gelagatnya yang mencurigakan.

    Bryant dijadual ditahan hari ini dengan wang jaminan AS$20,000 (RM77,944).

    McDormand memenangi Oscar untuk peranannya sebagai ibu yang kecewa dan berduka dalam filem "Three Billboards Outside Ebbing, Missouri." - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Curi Trofi Oscar Di Dakwa "