• Laporan 'Post Mortem' Kepala Tanpa Badan Akan Diketahui Hari Ini

    Reporter: Yusz Man
    Published: Monday, 5 March 2018
    A- A+

    SRI AMAN: Laporan bedah siasat kepala manusia tanpa sebarang anggota badan akan diketahui hari ini selepas proses bedah siasat selesai.

    Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Othman Sulaiman ketika dihubungi berkata, proses bedah siasat akan dijalankan hari ini dan siasatan lanjut akan dijalankan selepas selesai proses tersebut.

    Menurutnya, daripada hasil laporan tersebut barulah pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan kepala tersebut .

    “Setakat ini sekarang kes masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat.” katanya.

    Dalam kejadian yang berlaku Sabtu lalu, penduduk kampung gempar dengan penemuan kepala tanpa anggota badan di tebing Sungai Batang Lupar berhampiran Jalan Skait kira-kira jam 4.29 petang.-Sarawakiana
  • No Comment to " Laporan 'Post Mortem' Kepala Tanpa Badan Akan Diketahui Hari Ini "