• Land Rover terbabas, 7 anggota polis cedera

    Reporter: Yusz Man
    Published: Monday, 12 March 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Tujuh anggota polis termasuk enam wanita cedera selepas kenderaan Land Rover yang mereka naiki terbabas di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ibu negara di sini hari ini.

    Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi, kenderaan itu yang dinaiki anggota berusia 20-an hingga 30-an dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul sedang dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk menjalani latihan.

    Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kenderaan berkenaan dipercayai mengalami masalah teknikal sebelum terbabas ke bahu kiri jalan.

    "Kesemua mereka mengalami kecederaan ringan dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur sebagai pesakit luar," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

    Sementara itu, jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.35 pagi dan ambulans diarahkan ke lokasi kejadian.

    "Anggota APM kemudian membawa kesemua mangsa ke HKL untuk mendapatkan rawatan," katanya. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Land Rover terbabas, 7 anggota polis cedera "