• Lancar pelan induk perumahan anggota ATM

    Published: Monday, 19 March 2018
    A- A+


    KOTA BHARU: Kementerian Pertahanan akan melancarkan pelan induk atau blueprint perumahan untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam masa terdekat.

    Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, blueprint itu akan menyediakan lebih banyak kemudahan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) kepada anggota tentera.

    Katanya, langkah itu bukti keprihatinan Kerajaan Persekutuan yang mengambil berat kebajikan pegawai dan anggota tentera yang menjaga kedaulatan negara.

    “Di bawah blueprint ini, 40,627 unit RKAT akan dibina di seluruh negara.

    “Jumlah ini termasuk 9,096 unit yang sudah dan sedang dibina manakala pembinaan baki 31,531 akan dilaksanakan secara berfasa hingga siap sepenuhnya pada 2030,” katanya.

    Beliau berkata demikian selepas Majlis Ramah Mesra Menteri Pertahanan bersama Warga Kem Desa Pahlawan di sini, semalam.

    Pada majlis sama, Hishammuddin merasmikan 384 RKAT Taman Pahlawan bernilai RM97.52 juta.-hmetro

    Subjects:

  • No Comment to " Lancar pelan induk perumahan anggota ATM "