• Kuching Dilanda Banjir Kilat Akibat Hujan Lebat 3 Jam

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 13 March 2018
    A- A+

    KUCHING: Hujan lebat berterusan selama kira-kira tiga jam sejak awal pagi tadi, telah mengakibatkan beberapa kawasan ditk bandar raya ini dilanda banjir kilat.

    Antara kawasan yang dilaporkan terjejas adalah Jalan Gertak, Jalan Reservoir dan Jalan Tun Abang Haji Openg.

    Selain itu, beberapa kawasan di sekitar blok baharu Hospital Umum Sarawak (HUS) juga dinaiki air sedalam kira-kira 0.3 meter.

    Banjir kilat itu mengakibatkan berlaku kesesakan lalu lintas di sekitar bandar raya ini.

    Walau bagaimanapun, setakat ini, situasi dilaporkan masih terkawal.- Utusan Online
  • No Comment to " Kuching Dilanda Banjir Kilat Akibat Hujan Lebat 3 Jam "