• KR1M 2.0: Rakyat Beli Barang Berjenama Pada Harga Rendah

    Published: Friday, 16 March 2018
    A- A+

    Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mencari jalan penyelesaian untuk merancakkan ekonomi rakyat disamping memudahkan rakyat berbelanja dengan harga yang lebih murah.

    Ini kerana kerancakan aktiviti ekonomi di peringkat akar umbi mampu menggembangkan pertumbuhan ekonomi negara dan akan memberi pulangan pembangunan yang lebih baik kepada rakyat.

    Model Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 lebih terbuka dan akan membolehkan lebih ramai lagi pekedai untuk turut sama terlibat menjadi rakan kongsi KR1M 2.0 kerana model perniagaannya yang bakal melibatkan lebih ramai pihak swasta dan peniaga. 

    Berbeza dengan KR1M sebelum ini, penjenamaan semula itu merupakan inisiatif meningkatkan kuasa beli rakyat dengan kerjasama strategik bersama pengilang, pengeluar dan pengedar.

    Menyedari trend pembelian di pasaraya mini sudah mula meningkat, kerjasama dengan pekedai-pekedai ini akan memudahkan rakyat untuk mendapatkan penjimatan di kawasan berhampiran dengan mereka kelak.

    Kerajaan menyasarkan untuk membuka sehingga 3,000 premis yang turut melibatkan peniaga-peniaga runcit, sekaligus merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi yang bermula dari akar umbi kerana para peniaga kecil juga boleh mendapatkan manfaat daripada kerjasama strategik ini.

    Model baharu KR1M 2.0 ini akan membolehkan rakyat membeli barangan berjenama seperti di pasaran pada harga yang lebih rendah sekaligus meningkatkan lagi kualiti kehidupan rakyat.

    Kewujudan KR1M merupakan salah satu usaha kerajaan BN menangani isu bebanan kos sara hidup dan kini terpulang kepada rakyat untuk memilih cara hidup kerana kerajaan sudah bertindak sewajarnya.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " KR1M 2.0: Rakyat Beli Barang Berjenama Pada Harga Rendah "