• KPWKM syor anak di tempat duduk depan

    Reporter: Yusz Man
    Published: Monday, 26 March 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini menggariskan beberapa saranan yang boleh diamalkan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak bagi mengelak kes tertinggal anak di dalam kenderaan sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian, berulang.

    Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pihaknya memandang serius isu kecuaian ibu bapa meninggalkan anak di dalam kenderaan yang menyebabkan lima kematian kanak-kanak dan bayi sejak 2016.

    Katanya, antara langkah pencegahan adalah menyarankan ibu bapa meletakkan kanak-kanak di kerusi khas dalam kenderaan khusus untuk bayi dan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah, meletakkan bayi di tempat duduk depan dan pakaikan tali pinggang keledar dengan kemas, kanak-kanak tidak boleh diletakkan di tempat duduk belakang khususnya di belakang kerusi pemandu kerana ia merupakan titik buta.

    "Selain itu, ibu bapa yang membawa bayi atau kanak-kanak dalam kenderaan disaran meletakkan barang penting seperti beg tangan di bahagian belakang mengikut kesesuaian sama ada di atas kerusi atau di ruang kaki penumpang, atau meletakkan beg keperluan anak di tempat duduk hadapan bagi mengingatkan anak ada di bahagian belakang," katanya.

    Rohani berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Shahanim Mohamad Yusoff mengenai pendekatan diambil kerajaan dalam menangani kes kematian bayi akibat tertinggal di dalam kenderaan bagi mengelak kes seumpama itu berulang, pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " KPWKM syor anak di tempat duduk depan "