• KM sahkan Mawan memohon menyertai PBB pada 2016

    Published: Wednesday, 21 March 2018
    A- A+


    MIRI: Ketua Menteri merangkap Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (gambar) hari ini mengesahkan Ahli Parlimen Saratok Tan Sri William Mawan Ikom pernah memohon menyertai parti itu pada 2016.

     Abang Johari ketika ditanya Utusan Borneo di sini sebentar tadi, berkata, beliau turut hadir semasa Mawan berjumpa dengan mantan Ketua Menteri Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem ketika menyerahkan borang permohonan.

    Mengulas lanjut, beliau yang ditemui selepas merasmikan Pelancaran Seminar Ummah 2018 di Dewan Suarah Miri di sini berkata, namun Mawan hanya mendedahkan perkara itu seperti yang disiarkan di akhbar hari ini.

    Ditanya mengenai kedudukan Mawan dalam senarai parti, Abang Johari sekadar berkata "adalah".

    Mawan dalam Utusan Borneo hari ini mendedahkan yang beliau merupakan ahli PBB, sekaligus menamatkan spekulasi mengenai parti komponen BN yang beliau sertai.

    Pendedahan ini dibuat selang sehari selepas Abang Johari berkata BN tidak akan meletakkan calon langsung untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti. SARAWAKIANA

    Subjects:

  • No Comment to " KM sahkan Mawan memohon menyertai PBB pada 2016 "