• Kim Jong-un Mahu Amankan Semenanjung Korea

    Reporter: Yusz Man
    Published: Tuesday, 6 March 2018
    A- A+


    SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un mengadakan perbincangan mencari jalan penyelesaian untuk meredakan tekanan di Semenanjung Korea bersama wakil khas Korea Selatan, kata agensi berita KCNA, hari ini.

    KCNA melaporkan, Jong-un mengalu-alukan kedatangan pegawai Korea Selatan ketika lawatan mereka ke Pyongyang dengan menganjurkan makan malam.

    "Beliau mengadakan perbincangan dengan hati terbuka dengan delegasi wakil khas Korea Selatan berhubung isu berbangkit.

    "Ia adalah sebahagian daripada langkah untuk memulihkan hubungan Korea Utara dan Korea Selatan dalam memastikan keamanan dan stabiliti di Semenanjung Korea," kata KCNA. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Kim Jong-un Mahu Amankan Semenanjung Korea "