• Ketulan Ais Di Puncak Gunung Kinabalu

    Reporter: Yusz Man
    Published: Wednesday, 7 March 2018
    A- A+


    KOTA KINABALU: Pembentukan ketulan ais dikesan berlaku untuk kali kedua tahun ini di puncak Gunung Kinabalu, awal pagi semalam.

    Pengerusi Persatuan Malim Gunung Kinabalu, Junaydie Sihan, berkata keadaan air bertukar menjadi ketulan ais itu ditemui malim gunung, Jomius Binte, kira-kira jam 6.30 pagi.

    Beliau berkata, lazimnya ketulan ais terjadi apabila cuaca terlalu sejuk dengan suhu mencapai -1 dan -2 darjah Celsius di puncak gunung itu.

    "Cuaca sejuk menyebabkan air yang bertakung menjadi ketulan ais. Kami jangka ketulan ais ini terbentuk sejak malam tadi (kelmarin). Ia bukan selalu berlaku di puncak Gunung Kinabalu.

    "Selagi air yang bertakung tidak kering, ketulan ais ini boleh berlarutan hingga dua ke tiga hari," katanya ketika dihubungi.

    Pembentukan ketulan ais di puncak gunung itu adalah kali kedua tahun ini selepas berlaku pada 8 Januari lalu.

    Junaydie berkata, beliau tidak pasti jika ada faktor lain menyebabkan pembentukan ketulan ais di puncak Gunung Kinabalu.

    Katanya, suhu di puncak Gunung Kinabalu ketika ini masih sejuk antara empat hingga lima darjah Celsius.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Ketulan Ais Di Puncak Gunung Kinabalu "