• Ketul emas bertaburan atas landasan kapal terbang Russia

    Reporter: Yusz Man
    Published: Friday, 16 March 2018
    A- A+


    MOSCOW: Landasan sebuah lapangan terbang di Russia dipenuhi emas apabila pintu pesawat kargo yang dipenuhi bahan berharga itu terbuka ketika berlepas semalam.

    Pesawat Antonov sedang berlepas selepas mengisi minyak di lapangan terbang di Yakutsk di Siberia apabila pintu jet kargo itu terbuka dan hampir 200 ketul dari lombong emas Kupol bertaburan di atas landasan

    Kargo mengandungi ketul bijih pekat itu digunakan untuk mengangkut logam berharga seberat 9.3 tan berkenaan.

    "Ketika ia semakin tinggi, pintu kargo rosak disebabkan pertukaran kargo dan sebahagiannya bertaburan di atas landasan," kata Jawatankuasa Siasatan Russia dalam kenyataan di Telegram.

    Pesawat berkenaan terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang, dan polis segera menutup kawasan itu untuk menghalang penduduk tempatan bergegas ke lokasi kejadian jarang berlaku itu, lapor laman berita tempatan Yakutmedia.

    Ia menyiarkan video apa yang kelihatan ketulan besar keputih-putihan bertaburan di atas landasan.

    "Kira-kira 172 ketul seberat 3.4 tan ditemui.

    "Cuma sebahagian daripada emas itu jatuh, semuanya kira-kira sembilan tan berada di dalam pesawat," kata Kementerian Dalam Negeri kepada agensi berita TASS. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Ketul emas bertaburan atas landasan kapal terbang Russia "