• Kereta Terbakar Di Jalan Sri Aman – Sarikei

    Reporter: Admin
    Published: Saturday, 3 March 2018
    A- A+

    BETONG: Sebuah kereta sedang parkir di bahu jalan berdekatan Tanjung Skrang, Jalan Sri Aman – Sarikei musnah terbakar dalam satu kejadian malam ini.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan berhubung kebakaran sebuah kenderaan sedan yang diparkir di bahu jalan pada jam 8.35 malam.

    Katanya, setibanya pasukan bomba ditempat kejadian didapati api sedang marak membakar sebuah kereta proton saga dengan anggaran kemusnahan seratus peratus.

    "Kebakaran berlaku pada keseluruhan ruangan dalam dan luar kenderaan tersebut.

    "Bagaimanapun tiada melibatkan kemalangan jiwa atau kecederaan," katanya.

    Beliau turut menjelaskan, operasi pemadaman terus dijalankan dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula sumber air daripada tangki jentera sehingga api dapat dikawal dan dipadam sepenuhnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Kereta Terbakar Di Jalan Sri Aman – Sarikei "