• Kerajaan Komited Bantu Rakyat Dalam Mengiktiraf Tanah NCR

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Thursday, 8 March 2018
    A- A+

    SIBU: Kerajaan sentiasa komited membantu rakyat dalam memberi pengiktirafan terhadap tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di negeri ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun.

    Katanya, ia menerusi pelaksanaan program penyukatan perimeter tanah NCR di bawah inisiatif baharu yang dijalankan secara berterusan.

    Memetik laporan Utusan Borneo, beliau menasihati rakyat supaya tidak mudah terperdaya dengan hasutan untuk memburuk-burukkan kerajaan, terutama berkaitan isu penyukatan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

    “Kerajaan melalui pewartaan mengiktiraf pemilikan tanah secara eksklusif kepada rakyat dan pewartaan ini membuktikan pemilikan tanah tersebut.

    “Oleh itu, saya menyeru khususnya penduduk di kawasan Parlimen Selangau supaya memberi sokongan dan kerjasama mereka kepada usaha murni kerajaan.

    “Jangan mudah terperdaya dengan segala hasutan yang memburuk-burukkan kerajaan termasuk dalam melaksanakan kerja-kerja penyukatan tanah NCR,” ujarnya. – Sarawakiana

  • No Comment to " Kerajaan Komited Bantu Rakyat Dalam Mengiktiraf Tanah NCR "