• Kerajaan cari jalan mantapkan perkhidmatan teksi di Sarawak

    Reporter: Admin
    Published: Friday, 23 March 2018
    A- A+

    KUCHING 23 Mac - Kerajaan menerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) sentiasa mencari alternatif terbaik untuk memantapkan industri teksi di negeri ini.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kajian komprehensif dijalankan dalam usaha menjadikan perkhidmatan teksi terus kekal relevan selari dengan perkhidmatan lain yang disediakan pada masa ini.

    “Sehubungan itu, Bengkel Transformasi Industri Teksi di Sarawak bagi tahun 2018 telah diadakan untuk menyampaikan dasar-dasar dan peraturan terkini mengenai industri teksi,” katanya berucap dalam Majlis Pelancaran Buku Log Pemandu Bas BIMP-EAGA Peringkat Negeri Sarawak di sini hari ini.

    Menurutnya, bengkel tersebut melibatkan kolaborasi daripada pelbagai agensi kerajaan termasuk pihak berkuatkuasa tempatan dan persatuan teksi Sarawak yang melibatkan 30 peserta.

    Katanya, bengkel tersebut juga sebagai inisiatif untuk memberi pemahaman kepada para pemandu teksi di negeri ini berkenaan sistem e-Hailing. - UTUSAN ONLINE
  • No Comment to " Kerajaan cari jalan mantapkan perkhidmatan teksi di Sarawak "