• Kerajaan BN Proaktif Tangani Kos Sara Hidup Rakyat

    Published: Thursday, 22 March 2018
    A- A+


    Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mendengar masalah rakyat terutama isu berkaitan kos sara hidup yang dijadikan senjata politik oleh pihak pembangkang selama ini.

    Kerajaan tidak berdiam diri, bahkan merancang dengan teliti struktur pelaksanaan bagi menangani isu tersebut.

    Pelbagai pendekatan digunapakai dari masa ke semasa agar pelaksanaannya berjalan lancar tanpa implikasi lain.

    Penstrukturan baru Kedai Rakyat 1Malaysia membuktikan yang kerajaan sentiasa memperbaiki kaedah agar rakyat tidak terbeban kos sara hidup dengan membentuk kedai serbaneka yang menjual barang keperluan asas dengan menawar harga berpatutan dan murah dari pasaran.

    Kerajaan BN tidak berhenti setakat itu sahaja dan terus mencari mekanisma yang sejajar untuk menyelaras harga barang keperluan asas ke seluruh negara.

    Bukan sekadar mewujud Kedai Rakyat 1Malaysia, kerajaan bertindak menyerap kos penghantaran barang agar harga dapat diselaraskan.

    Bermakna rakyat Sabah dan Sarawak akan menikmati harga barang keperluan asas sama seperti Semenanjung Malaysia.

    Atas faktor tindakan tersebut, seluruh rakyat Malaysia akan menikmati harga barangan yang berpatutan serta murah.

    Isu kos sara hidup sedikit sebanyak dapat ditangani dan akan memberi impak yang besar kepada rakyat secara keseluruhan.
  • No Comment to " Kerajaan BN Proaktif Tangani Kos Sara Hidup Rakyat "