• Kerajaan BN Benar-Benar Ikhlas Bantu Rakyat

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Thursday, 8 March 2018
    A- A+
    Foto The Borneo Post
    MARUDI: Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil menyeru pengundi kawasan Ulu Teru terus memberi sokongan padu kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan calonnya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Ini kerana menurutnya, hanya kerajaan BN yang benar-benar ikhlas membantu rakyat selama ini.

    Memetik laporan Utusan Borneo, katanya lagi, kerajaan BN bukan seperti pembangkang yang hanya muncul apabila tiba musim pilihan raya tanpa turun padang membantu rakyat.

    Beliau turut mengingatkan calon BN yang hampir pasti bertanding untuk kerusi Parlimen Baram kelak ialah Anyi Ngau daripada PDP.

    “Anyi merupakan Ahli Parlimen Baram ketika ini yang dipilih parti untuk bertanding semula.

    “Sehubungan itu, saya berharap penduduk di kawasan ini, jangan mendengar hasutan dan berita palsu mengenai siapa yang bakal menjadi calon BN kerana kita tidak memilih calon lain di sini selain YB Anyi,” jelasnya. – Sarawakiana
  • No Comment to " Kerajaan BN Benar-Benar Ikhlas Bantu Rakyat "