• Kenderaan Dinaiki 7 Sekeluarga Terbabas, Seorang Wanita Parah

    Reporter: Admin
    Published: Thursday, 15 March 2018
    A- A+
    BINTANGOR: Seorang wanita cedera parah setelah kenderaan yang dinaiki tujuh sekeluarga terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Skim B di sini petang tadi.

    Dalam kejadian kira-kira jam 1.20 itu, sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki tujuh sekeluarga dari laluan Julau menuju ke Sarikei hilang kawalan sebelum terbabas ke tepi jalan di sebuah selekoh.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata enam mangsa berjaya mengeluarkan diri sebelum pihak Bomba sampai.

    "Manakala seorang penumpang wanita di bahagian tempat duduk belakang dipercayai mengalami kecederaan parah," katanya

    Menurutnya, pihak Bomba bertindak mengeluarkan mangsa tersebut.

    "Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak Ambulans untuk tindakan lanjut," ujarnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Kenderaan Dinaiki 7 Sekeluarga Terbabas, Seorang Wanita Parah "