• Kena Simbah Sup Panas Kerana Rambut Panjang

    Reporter: Yusz Man
    Published: Tuesday, 27 March 2018
    A- A+

    GANAS…seorang wanita telah mengalami kecederaan parah selepas disimbah dengan sup panas oleh pelanggan lain di sebuah restoran di Taiwan, selepas bergaduh hanya kerana rambut.

    Wanita berusia 33 tahun tersebut, Chen dan pelanggan lelaki yang berusia 57 tahun itu, Huang, bergaduh selepas rambut Chen terkena lelaki tersebut secara tidak sengaja.

    Ketika itu Chen mengalihkan badan untuk memeriksa pesanannya apabila rambutnya yang panjang hingga ke pinggang terkena Huang. Lelaki itu terus memarahi Chen dan menganggapnya sebagai pengotor.

    Selepas bertekak,Huang tiba-tiba mengangkat satu mangkuk sup panas lalu menyimbah ke mula Chen. Restoran berkenaan menyediakan hidangan panas di mana pelanggan boleh memasak sup di atas meja mereka.

    Kakitangan restoran terus berlari ke atas Chen dan memberikan air sejuk untuk disapu ke muka Chen. Mereka juga menyediakan ketulan ais.

    Chen telah disahkan mengalami luka terbakar tahap pertama di muka dan leher. Sementara Huang pula meluahkan kekesalan atas perbuatannya itu. Dia memberitahu polis bahawa dia melakukan perbuatan itu kerana marah.

    Chen bagaimanapun telah memfailkan saman terhadap Huang kerana menyebabkan kecederaan pada badannya. – MYNEWSHUB.CC


    Subjects:

  • No Comment to " Kena Simbah Sup Panas Kerana Rambut Panjang "