• Kemalangan Tengah Malam, Corona Bertembung Axia

    Published: Thursday, 22 March 2018
    A- A+


    KUCHING: Sebuah kenderaan Toyota Corona bertembung dengan Produa Axia dalam kemalangan jalan raya di Jalan Stapok, Batu Kawa di sini tengah malam tadi.

    Dalam kejadian kira-kira jam 11.57 malam, pertembungan tersebut menyebabkan kenderaan Produa Axia terbabas ke dalam parit di bahu jalan.

    Difahamkan kesemua lima mangsa dari kereta Axia berjaya dikeluarkan oleh orang awam yang berada ditempat kejadian.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, seorang mangsa perempuan berumur lingkungan 23 tahun mengalami kecederaan di kepala.

    “Mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh Pasukan EMRS dan seterusnya dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut,” katanya . – Sarawakiana
  • No Comment to " Kemalangan Tengah Malam, Corona Bertembung Axia "