• Kemalangan Berantai Libatkan 7 Kenderaan Di Sibu

    Reporter: Admin
    Published: Saturday, 3 March 2018
    A- A+


    SIBU: Seorang lelaki mengalami kecederaan setelah kenderaannya terlibat dalam kemalangan berantai di Sibu awal pagi tadi.

    Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 pagi itu, seorang mangsa yang memandu Produa Axia mengalami cedera ringan setelah terlibat dalam kemalangan berantai yang membabitkan tujuh kenderaan di Batu 8 Jalan Tunku Osman di sini pagi tadi.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa yang mengalami kecederaan telah dibawa ke hospital oleh pihak ambulan.

    "Pihak bomba bertindak membuat kerja-kerja pembersihan sisa-sisa bekas kemalangan dan tiada operasi menyelamat dijalankan," katanya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Kemalangan Berantai Libatkan 7 Kenderaan Di Sibu "