• Keluarga Tak Sedar Ular Kapak Masuk Rumah

    Reporter: Yusz Man
    Published: Wednesday, 28 March 2018
    A- A+


    KEHADIRAN seekor ular kapak dewasa menjalar di bahagian dapur rumah sebuah keluarga telah membantutkan selera mereka menikmati juadah tengah hari.

    Lapor Berita Harian, kejadian tersebut berlaku pada jam 1.20 petang,Selasa, di Country Villa, Tanjung Batu.

    Kehadiran ular tersebut disedari oleh keluarga berkenaan apabila dilihat sedang bersembunyi di bawah dapur, lantas terus menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) bagi meminta bantuan.

    Ketua Skuad APM Bintulu, Korporal Dayang Suliana Awang Salleh, berkata, beliau bersama tiga rakan setugas bergegas ke lokasi kejadian bagi menangkap reptilia berkenaan.

    “Anggota APM mengambil masa kira-kira setengah jam bagi menangkap haiwan berbisa itu, menggunakan alat penyepit khas sebelum memasukkannya ke dalam guni,” katanya.

    Menurutnya lagi, haiwan liar itu berjaya ditangkap dan dilepaskan di kawasan belukar yang merupakan tempat habitat asalnya.

    Ular Kapak merupakan sejenis ular berbisa dari keluarga Viperidae dan mudah dikenali berdasarkan kepalanya yang seakan-akan bentuk segi tiga.

    Kelenjar racun daripada ular jenis ini yang terletak di kedua belah pipinya adalah dari jenis racun darah (haemotoksin) dan racun sel (sitolitik) yang biasanya bertindak terhadap sistem saluran darah dan tisu yang menyebabkan berlakunya pendarahan pada mangsa. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Keluarga Tak Sedar Ular Kapak Masuk Rumah "