• Kejora FC Muncul Rangkul Piala Dato' Sri Nancy Shukri

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Monday, 26 March 2018
    A- A+

    SIMUNJAN: Pasukan Kejora FC muncul juara Karnival Futsal Piala Dato' Sri Nancy Shukri 2018 anjuran SABERKAS Simunjan di Arena Sri Nancy, Simunjan semalam.

    Kejayaan itu membolehkan Kejora FC membawa pulang hadiah wang tunai RM2,500, piala dan pingat.

    Naib juara pula disandang Double XX FT sekaligus memenangi wang tunai RM2,000, piala dan pingat.

    Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong Datuk Seri Nancy Shukri.

    Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris.

    Sebanyak 24 pasukan menyertai karnival tersebut.

    Penganjuran karnival tersebut merupakan platform terbaik buat pemain mengukuhkan perpaduan menerusi sukan.

    Selain itu, karnival seperti itu juga boleh menjadi medan mengasah bakat pemain futsal selain memperkenalkan gelanggang futsal tertutup Simunjan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan untuk manfaat masyarakat.-Sarawakiana





    Subjects:

  • No Comment to " Kejora FC Muncul Rangkul Piala Dato' Sri Nancy Shukri "