• Kecoh! Bangunan Tertinggi Frankfort Roboh Catat Sejarah Di Kentucky

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 12 March 2018
    A- A+

    FRANKFORT: Sebuah bangunan pencakar langit tertinggi, Capital Plaza Tower dirobohkan dalam letupan yang terkawal pada Ahad lalu selain dilihat mencatatkan sejarah di Frankfort, Kentucky.

    Kejadian yang menggemparkan ini menyebabkan ribuan yang menyaksikan kejadian tersebut kecoh dan bergegas melarikan diri bagi mengelak daripada terkena kepulan debu yang berterbangan.

    Memetik portal Associated Press, bangunan tertinggi tersebut dibuka pada 1972 dan ditutup pada 2016 sebagai bangunan pejabat negeri.

    Bangunan tersebut akan digantikan dengan sebuah bangunan pejabat baharu lima tingkat berbentuk moden beserta tempat letak kereta sebanyak 1,100 lot.

    Namun begitu, Gabenor Matt Devin menyatakan tiada gesaan dalam aktiviti perobohan bangunan tersebut, malah ianya telah dilelong melalui eBay.

    Beliau turut menjelaskan hasratnya dalam membantu anak-anak angkat di negeri itu melalui kerja amal hasil lelongan tersebut menerusi Yayasan #WeAreKY.

    “Walaupun kita berada di sini untuk menyaksikan perobohan sebuah bangunan, ia akan bertukar menjadi sesuatu yang mengagumkan apabila setiap dolar yang dihasilkan daripadanya (perobohan itu) dapat membantu membina sebuah keluarga di negeri ini,” kata beliau dengan bangga sebelum letupan dilakukan. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Kecoh! Bangunan Tertinggi Frankfort Roboh Catat Sejarah Di Kentucky "