• Kebakaran Awal Pagi, Seorang Lelaki Meninggal Dunia

    Reporter: Admin
    Published: Saturday, 3 March 2018
    A- A+

    KUCHING: Seorang lelaki dijumpai meninggal dunia dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Jalan Wind Cave, Bau dekat sini pagi tadi.

    Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 2.50 pagi itu melibatkan dua buah rumah satu tingkat berkembar berstruktur separuh kekal telah terbakar seratus peratus.

    Seorang mangsa lelaki ditemui di bahagian bilik mandi dalam keadaan tertiarap setelah api berjaya dipadamkan.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa dikenali sebagai Voon Kim Kee, 38, disahkan meninggal dunia oleh pihak kesihatan dan diserahkan pada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.

    Katanya, seramai enam orang lagi mangsa yang terlibat dalam kebakaran tersebut tidak mengalami kecederaan.

    Beliau menambah, semasa melakukan pemadaman api seorang pegawai Bomba turut mengalami kecederaan setelah ditimpa struktur dinding konkrit

    "Pegawai berkenaan telah dikejarkan ke hospital oleh unit EMRS untuk menerima rawatan," katanya. - Sarawakiana

  • No Comment to " Kebakaran Awal Pagi, Seorang Lelaki Meninggal Dunia "