• Kebab Pemusnah Rumah Tangga Satu Pasangan Di Mesir

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 6 March 2018
    A- A+

    KAHERAH: Seorang wanita di Mesir nekad menuntut cerai daripada suaminya hanya kerana tidak mendapat kebab yang dimintanya.

    Sameeha yang baharu berkahwin selama 40 hari dilaporkan kembali ke rumah keluarganya dan terus memfailkan cerai atas alasan suaminya kedekut.

    Portal Masrawy memetik kenyataan wanita itu melaporkan perkahwinan mereka diaturkan keluarga dan dia baharu mengenali suaminya selama dua bulan.

    "Di awal perkahwinan, dia memberitahu tidak suka keluar ke mana-mana kerana ia hanya membazirkan wang. Lama-lama terserlah sikap kedekutnya," katanya.

    Difahamkan, suami wanita berkenaan enggan membelikan kebab itu kerana sudah membelikan jus untuk isterinya.

    Bagaimanapun wanita itu terus mendesak suaminya hingga dia menuduh isterinya cuba mengikis harta kekayaannya. - tribune.com/Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Kebab Pemusnah Rumah Tangga Satu Pasangan Di Mesir "