• Kawalan Ketat Perbicaraan Guan Eng, Li Koon

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 26 March 2018
    A- A+

    PULAU PINANG: Kawalan ketat di Kompleks Mahkamah Tinggi di sini pada hari pertama perbicaraan kes rasuah melibatkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon hari ini.

    Hanya 20 wakil media yang dibenarkan masuk membuat liputan perbicaraan tersebut berdasarkan senarai nama yang telah diberikan kepada pihak polis yang diserahkan kepada pihak mahkamah.

    Wakil media dikehendaki melalui kawalan keselamatan menggunakan alat pengesan logam (metal detector) yang dikendalikan pihak polis.

    Guan Eng dan Li Koon akan dibicarakan di hadapan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail.

    Barisan pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd. Daud. sementara Guan Eng diwakili oleh peguam,Gobind Singh Deo
    dan RSN Rayer manakala Li Koon diwakili Datuk V. Sithambaram dan Rueben Kumar.

    Guan Eng dan Li Koon tiba di mahkamah pada pukul 8.50 pagi.

    Pada 30 Jun 2016, Guan Eng mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyalahgunakan kedudukan dan jawatan bagi mendapatkan rasuah berhubung penukaran status tanah daripada pertanian kepada perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

    Li Koon yang merupakan bekas pemilik banglo itu pula, didakwa bersubahat dengan Guan Eng untuk mendapatkan lot tanah dan banglo berkenaan di bawah harga pasaran di tempat dan pada tarikh yang sama.- UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Kawalan Ketat Perbicaraan Guan Eng, Li Koon "