• Kanak-Kanak Perlu Jadi Insan Bertamadun, Bukan Diajar Untuk Membenci

    Published: Tuesday, 20 March 2018
    A- A+


    Malaysia antara negara yang menjadi model dunia berkaitan pendidikan awal kanak-kanak. Kerajaan Barisan Nasional (BN) merangka pelan pendidikan awal yang begitu komprehensif agar negara ini mempunyai generasi masa depan yang bertamadun, mempunyai jati diri serta Berguna kepada masyarakat.

    Di samping itu, kanak-kanak sentiasa berada dalam suasana ceria, menghormati masyarakat dan negara. Perkara sebegini yang menjadi harapan ibubapa agar anak-anak mereka berjaya dengan nilai-nilai murni yang akan berjasa kepada orangtua, masyarakat dan negara.

    Pendidikan awal yang akan mendidik kanak-kanak ini dengan asas pendidikan yang terbaik untuk masa depan. Kanak-kanak ibarat kain putih yang perlu dicorak dengan nilai-nilai murni yang kepimpinan dan masyarakat hari ini bertanggungjawab membentuk sahsiah diri kanak-kanak terbabit.

    Malang sekali terdapat pemimpin yang tidak sensitif serta bertindak luar batas etika kepimpinan dengan menanam unsur negatif serta sikap membenci kerajaan kepada kanak-kanak.

    Hal sedemikian seharusnya di kekang terlebih awal. Jika berterusan, masa depan kanak-kanak ini akan hancur dan biadab. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (DAP) cuba menerap kebencian kanak-kanak kepada kerajaan beberapa hari yang lepas. Dalam laporan berita TV3 kelihatan video yang Guan Eng menyanyi bersama kanak-kanak lagu yang jelas berunsur membenci kerajaan.

    Rentetan daripada peristiwa itu, ibubapa menginginkan pendidikan anak-anak yang terbaik dan bukan menjadikan mereka sebagai insan yang bersikap kurang ajar. 

    Dalam hal tersebut, di mana suara Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen untuk membidas tindakan Guan Eng yang melampau.

    Rakyat Sarawak memang terkenal dengan kesopanan dan tatasusila yang sejak dulu di amal oleh seluruh masyarakat berbilang kaum dan agama negeri ini. Rakyat Sarawak begitu pentingkan penerapan nilai murni kepada anak-anak. Jadi jelaslah masyarakat negeri ini menolak tindakan Lim Guan Eng.

    Memandangkan Chong tidak berani mempertikai tindakan Guan Eng, mengundang anggapan yang Chong bersetuju tindakan Guan Eng dan tidak mustahil perkara tersebut akan berlaku terhadap pendidikan awal anak Sarawak.

    Subjects:

  • No Comment to " Kanak-Kanak Perlu Jadi Insan Bertamadun, Bukan Diajar Untuk Membenci "