• Kanak-kanak perempuan Rohingya jadi mangsa pelacuran

    Reporter: Admin
    Published: Wednesday, 21 March 2018
    A- A+
    COX’S BAZAR 21 Mac - Golongan kanak-kanak perempuan Rohingya kini berdepan dengan ancaman dijadikan pelacur oleh pihak tidak bertanggungjawab di kem-kem pelarian etnik berkenaan di seluruh Bangladesh.

    BBC melaporkan, remaja perempuan Rohingya pada mulanya akan ditawarkan untuk bekerja dengan gaji yang tinggi sebelum mereka dipaksa untuk menjadi pelacur.

    Seorang daripada mangsa yang dikenali sebagai Anwara, 14 berkata, dia melarikam diri dari Myanmar selepas keluarganya dibunuh oleh tentera negara itu.

    “Dalam perjalanan ke Bangladesh, saya didatangi seorang wanita dan mengajak saya untuk mengikutnya selain menjanjikan kehidupan yang selesa.

    “Namun sangkaan saya meleset apabila saya dipaksa menjadi pelacur selepas saya dirogol oleh dua lelaki,” katanya. - AGENSI/Utusan


    Subjects:

  • No Comment to " Kanak-kanak perempuan Rohingya jadi mangsa pelacuran "