• Kanak-Kanak Dilemaskan Hidup-Hidup Dalam Kereta

    Published: Wednesday, 21 March 2018
    A- A+

    LELAKI ini, Pavel Samar, 28, sangat kejam. Dia telah memaksa seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun menyaksikan bagaimana dia menembak ibu bapanya sebelum melemaskan kanak-kanak itu dalam laut.

    Pavel atau dikenali sebagai Raven, melakukan perbuatan itu untuk merompak keluarga berkenaan sebanyak £3,200 bagi melangsaikan hutangnya.

    Dia yang juga bapa kepada seorang anak kecil, telah memujuk Konstantin Larkov, 35, dan pasangannya, Inna Khodareva, 32, ke sebuah kampung di Geroevskoe, Rusia, untuk menjual kereta kepada pasangan itu.

    Inna dan Konstantin turut membawa bersama anak mereka Arina. Setibanya di sana, Pavel telah mengacukan pistol ke arah pasangan tersebut dan meminta mereka menyerahkan wang.

    Memandangkan dia seorang warden penjara, maka Pavel mempunyai senjata api. Dia menembak Konstantin dengan lima das tembakan kerana melawan dan kemudiannya melepaskan dua peluru ke arah Inna.

    Ketika itu Arina hanya berada beberapa inci daripada ibunya di kerusi belakang kereta yang dinaiki mereka.

    Selepas merompak barang-barang kepunyaan pasangan itu, dia kemudiannya memandu kereta itu lalu dengan menggunakan gear satu, dia menolak kereta berkenaan ke dalam laut.

    Ketika itu kanak-kanak perempuan itu masih hidup dan berada dalam kereta yang tenggelam itu. Pavel kemudiannya menjalankan tugasnya di penjara seperti biasa iaitu beberapa jam selepas melakukan pembunuhan kejam tersebut.

    Polis mengambil masa selama seminggu untuk mengesan Pavel. Pihak berkuasa telah mengemukakan rayuan kepada Presiden Vladimir Putin untuk melaksanakan hukuman mati ke atasnya. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Kanak-Kanak Dilemaskan Hidup-Hidup Dalam Kereta "