• Kanak-kanak 8 Tahun Lemas Dipercayai Digigit Buaya

    Reporter: Admin
    Published: Saturday, 24 March 2018
    A- A+

    MIRI: Seorang kanak-kanak lelaki ditemui lemas dipercayai digigit buaya ketika memancing bersama rakannya di Jalan Mulia 5C, Tudan dekat sini petang tadi.

    Difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 4.58 petang, mangsa yang berusia lapan tahun memancing bersama rakan-rakannya di sungai berdekatan.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, berdasarkan maklumat awal, saksi kejadian mengatakan mangsa telah di baham buaya.

    Menurutnya, anggota Bomba yang tiba di lokasi bertindak membuat “surface searching” di tebingan sungai dan juga membuat pembersihan di kawasan sungai tersebut kerana terdapat banyak tumbuhan air.

    "Pada jam 6.45, mangsa telah dijumpai dengan menggunakan “grappling iron” dan terdapat kesan gigitan di kaki kanan mangsa," katanya

    Mayat mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Kanak-kanak 8 Tahun Lemas Dipercayai Digigit Buaya "