• Kampung Sungai Maong Tidak Lagi 'Tersembunyi', Dibangunkan Sebagai Perkampungan Moden

    Reporter: Yusz Man
    Published: Tuesday, 27 March 2018
    A- A+

    KUCHING: Dalam memastikan setiap penduduk khususnya di Kampung Sungai Maong tidak lagi kelihatan 'tersembunyi' seperti sekarang, kerajaan negeri akan membuat satu perancangan bagi membangunkan kampung tersebut menjadi sebuah perkampungan moden.

    Oleh yang demikian, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata anggaran kos yang akan digunakan adalah sebanyak RM10 juta bagi membina jambatan baharu menuju ke kampung tersebut.

    Menurutnya, pihak kerajaan negeri kini mengarahkan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya melakukan kajian untuk menentukan laluan bagi jalan dan jambatan baharu ini termasuk kos yang diperlukan.

    Dalam pada itu juga, kerajaan negeri akan mempertimbangkan perancangan membangunkan kawasan perumahan berdekatan kampung tersebut.

    Sehubungan itu, Abang Johari berharap agar penduduk di kawasan terus kekal memberi sokongan kepadanya agar setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan lancar.-Sarawakiana
  • No Comment to " Kampung Sungai Maong Tidak Lagi 'Tersembunyi', Dibangunkan Sebagai Perkampungan Moden "