• Kalau Pembangkang Tawan Putra Jaya, Ramai Penjawat Awam Dibuang Kerja

    Published: Tuesday, 20 March 2018
    A- A+

    Pakatan Harapan (PH) menegaskan akan mengurangkan bilangan penjawat awam dalam pentadbiran negara jika berjaya menawan Putra Jaya pada Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) nanti.

    Hasrat PH adalah sesuatu yang realistik akan berlaku kerana dalam manifesto PH yang diumumkan tidak didedah dengan jelas bagaimana PH akan memperolehi sumber kewangan untuk negara jika segala dasar yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini dimansuhkan.

    Jadi tidak mustahil bilangan penjawat awam perlu dikurangkan bagi menampung kewangan negara jika PH memerintah. Yang pasti setiap penjawat akan merasa tertekan memikirkan nasib mereka jika sudah kehilangan kerja atau sumber pendapatan.

    Ia merupakan mimpi ngeri buat penjawat awam yang terpaksa berfikir bagaimana hendak menampung keluarga, hutang dan sebagainya. Sudah pasti rakyat Malaysia sentiasa berasa gelisah, murung dan sebagainya. 

    Keceriaan hidup tidak akan dirasai dan Malaysia akan jatuh ranking sebagai negara yang rakyat paling gembira seperti hari ini.

    Apa ertinya bonus sehingga tiga bulan jika penjawat awam hilang pendapatan.

    Di Sarawak terdapat 22,549 penjawat awam negeri yang begitu berprestasi tinggi turut merasa mimpi ngeri jika PH kuasai Sarawak.

    Inilah satu mimpi ngeri yang akan menghantui penjawat awam persekutuan dan Sarawak jika PH berkuasa dan melaksana pengurangan penjawat awam.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Kalau Pembangkang Tawan Putra Jaya, Ramai Penjawat Awam Dibuang Kerja "