• Kakitangan Awam Maut Nahas Kenderaan Di Sibu

    Reporter: Yusz Man
    Published: Wednesday, 28 March 2018
    A- A+

    SIBU: Seorang penjawat awam maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan berhampiran Jambatan Lebaan di Jalan Sibu – Tanjung Manis lewat petang semalam.

    Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 6.30 petang itu, kereta yang dipandu mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Hazlee Kiprawi, 34 dikatakan dalam perjalanan dari Kampung Bawang, Matu Mukah menuju ke tempat kerja sebelum merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan.

    Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi berkata, hasil siasatan awal mendapati, kereta dipandu mangsa bergerak dari arah Tanjung Manis ke Sibu dipercayai telah masuk ke laluan bertentangan menyebabkan berlaku perlanggaran secara berdepan dengan kenderaan Toyota Hilux itu.

    “Ketika kejadian berlaku terdapat seorang lagi penumpang wanita berusia lingkungan 20 tahun yang turut berada dalam kereta tersebut mengalami patah tangan kanan,” katanya.

    Bagaimanapun, pemandu dan penumpang Toyota Hilux tersebut yang masing-masing berusia dalam lingkungan 36 tahun dan 50 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.-Sarawakiana
  • No Comment to " Kakitangan Awam Maut Nahas Kenderaan Di Sibu "