• Kadar Fi Tukar Hak Milik Motosikal Diseragam RM3

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 14 March 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Kadar fi tukar hak milik motosikal bagi Sabah dan Sarawak akan diseragamkan mengikut kadar Semenanjung iaitu RM3 berkuat kuasa mulai 1 April ini.

    Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata langkah itu diambil dalam usaha berterusan kerajaan bagi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terjamin, lebih-lebih lagi bagi mengurangkan beban rakyat terutamanya kumpulan B40.

    “Kadar semasa penukaran hak milik motosikal adalah sebanyak RM3 di Semenanjung, RM5 di Sarawak dan RM40 di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

    Liow berkata penyeragaman kadar fi itu jelas menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa peka terhadap keperluan rakyat dalam mengurangkan perbelanjaan. -Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Kadar Fi Tukar Hak Milik Motosikal Diseragam RM3 "