• Jualan Sentuhan Rakyat Inisiatif Kerajaan BN Kurangkan Kos Sara Hidup

    Published: Friday, 16 March 2018
    A- A+

    Kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai pelbagai cara untuk membantu rakyat terutama untuk meringankan bebanan kos sara hidup.

    Masalah hidup rakyat terus diambil perhatian agar rakyat sentiasa menikmati kesejahteraan hidup yang sempurna.

    Selain daripada Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), kerajaan mengambil inisiatif yang begitu berkesan dengan memberi penjimatan dalam perbelanjaan seharian.

    Jualan sentuhan rakyat misalnya begitu membantu rakyat untuk membeli barangan asas dengan harga murah.

    Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, rakyat boleh membeli harga barang yang rendah daripada harga pasaran seperti telur 30 biji berharga RM5, daging RM10 satu kilogram dan sebagainya.

    Najib mahu jualan sentuhan rakyat di adakan di seluruh Malaysia.

    Hakikatnya kerajaan sentiasa menangani apa jua masalah yang dihadapi rakyat dan mencari serta merangka inisiatif yang perlu untuk menyelesai masalah rakyat seluruh negara.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Jualan Sentuhan Rakyat Inisiatif Kerajaan BN Kurangkan Kos Sara Hidup "