• Jualan Sentuhan Rakyat Dapat Sambutan Hangat - Rohani

    Reporter: Admin
    Published: Sunday, 18 March 2018
    A- A+

    MALUDAM : Program Jualan Sentuhan Rakyat 2018 Parlimen Batang Lupar diteruskan untuk kali kedua di sini hari ini selepas lokasi pertama di Pusa mendapat sambutan yang cukup hangat.

    Promosi harga bagi barangan asas, bahan mentah dan runcit seperti  tepung, ayam mentah, ikan segar, telur, beras dan minyak masak adalah antara yang dijual di bawah harga pasaran.

    Dato' Sri Rohani Abdul Karim yang merupakan Ahli Parlimen P.201 Batang Lupar turut berkesempatan berkunjung ke jualan pada kali  ini bertempat di Kampung Maludam yang dikelola oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama FAMA dan pasaraya tempatan.

    "Jualan Sentuhan Rakyat seperti ini menawarkan harga barangan asas yang rendah merupakan menifestasi keprihatinan kerajaan dalam mengurangkan bebanan rakyat dan meringankan kos sara hidup terutamanya kepada masyarakat luar bandar", katanya

    Tambah beliau lagi, "Memandangkan sambutan yang ditunjukkan sangat memberangsangkan, program seperti ini akan diteruskan di kawasan lain di dalam Parlimen Batang Lupar.

    Barangan yang mendapat permintaan tinggi adalah seperti tepung gandum yang dijual serendah 15 sen untuk sekilo.

    Selain itu, sebanyak 3 tan barangan asas iaitu tepung, minyak dan gula turut disumbangkan oleh Ahli Parlimen Batang Lupar itu dengan harga terendah. - Sarawakiana

  • No Comment to " Jualan Sentuhan Rakyat Dapat Sambutan Hangat - Rohani "