• Jong-un Sahkan Kunjungan Ke China

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 28 March 2018
    A- A+

    BEIJING  - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un membuat lawatan luar negara beliau yang pertama sebagai pemimpin dengan mengadakan pertemuan dengan Presiden China, Xi Jinping.

    Agensi berita Xinhua melaporkan, semasa lawatan yang bermula dari Ahad hingga Rabu, Jong-un mengadakan pertemuan dengan Jinping di Beijing dengan Presiden meraikan pemimpin Korea Utara itu dan isterinya, Ri Sol Ju dalam satu majlis makan malam.

    "Saya mengadakan satu rundingan yang berjaya dengan Xi Jinping dalam meningkatkan lagi hubungan antara kedua-dua pihak dan negara, situasi domestik, mengekalkan keamanan dan kestabilan di Semenanjung Korea serta pelbagai isu lain," kata Jong-un. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Jong-un Sahkan Kunjungan Ke China "