• Jon Un sah jumpa Jinping

    Reporter: Yusz Man
    Published: Wednesday, 28 March 2018
    A- A+


    BEIJING : Ketua Korea Utara, Kim Jong Un melakukan lawatan luar negara kali pertama sebagai pemimpin ke China, sekali gus mengesahkan spekulasi kehadiran beliau di negara ini.

    Agensi berita rasmi Xinhua hari ini mengesahkan, lawatan berkenaan diadakan sebelum sidang kemuncak antara Seoul dan Washington yang dicadangkan sebelum ini, khusus untuk membincangkan isu program nuklear Pyongyang.

    Pada lawatan empat hari bermula Ahad itu, Jong Un mengadakan pertemuan bersama Jinping yang turut menganjurkan majlis sambutan meraikan kehadiran ketua Korea Utara berkenaan bersama isterinya, Ri Sol Ju.

    "Saya berjaya mengadakan rundingan bersama Setiausaha Agung Xi Jinping berkenaan usaha mengembangkan hubungan antara kedua parti dan kedua negara, selain beberapa isu membabitkan hal ehwal dalaman dan usaha mengekalkan keamanan di Semenanjung Korea," kata Jon Un pada majlis sambutan itu.-BH

    Subjects:

  • No Comment to " Jon Un sah jumpa Jinping "