• Janji 100 Hari PH Umpama Skim Penipuan Cepat Kaya, Kata Kolumnis Akhbar Bahasa Cina

    Published: Tuesday, 20 March 2018
    A- A+
    Persoalan utama, sanggupkah anda memperjudikan masa depan anda sekali lagi?

    Kolumnis Zhu Yuxin dari akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Yit Poh, menyifatkan 10 janji 100 hari disebutkan dalam manifesto Pakatan Harapan baru-baru ini ibarat skim penipuan wang ringgit.

    Pakatan Harapan ketika melancarkan manifestonya bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) awal bulan ini berikrar melaksanakan “10 janji dalam 100 hari, untuk membina negara dan memenuhi harapan”.

    Walaubagaimanapun, Zhu yakin bahawa janji-janji yang diutarakan umpama janji dibuat oleh sindiket penipuan wang ringgit yang sering menjanjikan ganjaran tinggi untuk menolak sebarang syak wasangka rakyat Malaysia yang melabur ke dalam skim berkenaan.

    Menyifatkan manifesto Pakatan Harapan sebagai tidak praktikal, populis dan beretorik politik ‘syok sendiri’, Zhu mengingatkan janji yang diutarakan ‘seperti janji-janji dibuat oleh perjudian wang yang sering menggembar-gemburkan pulangan besar untuk mengumpan mangsa’.

    Menggunakan analogi perjudian wang, kolumnis akhbar tersebut mengingatkan bahawa ‘apabila skim tersebut akhirnya runtuh, pengikut akan kehilangan segala-galanya’.

    Ramai rakyat Malaysia daripada komuniti Cina masih ingat akan lebih sejuta rakyat Malaysia kerugian RM5 bilion didalam penipuan skim cepat kaya pada 2017 sahaja, yang akhirnya runtuh.

    Begitu juga, janji Pakatan Harapan untuk menghapuskan tol, merasionalisasi subsidi dan memansuhkan semua hutang peneroka Felda; yang akhirnya akan merobek poket rakyat sendiri pada akhirnya.

    Memberi contoh kepada janji mengehadkan jawatan dilantik kepada dua penggal sahaja pun tidak diambil secara serius oleh pembangkang, apabila Ketua Menteri Pulau Pinang membidas mana-mana cubaan oleh ahli partinya mencadangkan had tempoh jawatan tertinggi untuk dua penggal sahaja.

    Jadi bagaimana rakyat Malaysia boleh mempercayai bahawa Pakatan Harapan akan melunaskan janji mereka?

    Malah, Zhu menekankan bahawa daripada 60 janji manifesto Pakatan Harapan, setengah daripadanya sudahpun dilaksanakan oleh kerajaan pemerintah Barisan Nasional menerusi pelbagai inisiatif.

    Menurut Bancian Majlis Profesor Negara (MPNPoll), 70 peratus manifesto Pakatan Harapan sudahpun dilaksanakan oleh kerajaan semasa.

    Pengerusi MPNPoll, Profesor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata, manifesto Pakatan Harapan mengandungi janji yang hampir mustahil dilaksanakan tanpa melalui proses rumit melibatkan undang-undang, akta dan isu-isu lain termasuk perdebatan di Parlimen.

    “Sukar untuk mengubah dasar dalam tempoh yang singkat. Saya tidak rasa ianya boleh dilaksanakan dalam tempoh 100 hari dan malah, saya tidak rasa ianya juga boleh dilaksanakan dalam tempoh 1,000 hari”.

    Dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah dilabel DAP sebagai ‘diktator pengamal rasuah dan kronisme’ sekarang sudah mengepalai pembangkang, Zhu merumuskan kolumnya dengan bertanya kepada rakyat Malaysia, khususnya pengundi Cina satu soalan penting:

    “Adakah anda berani untuk berjudi sekali lagi?” – mD

    Subjects:

  • No Comment to " Janji 100 Hari PH Umpama Skim Penipuan Cepat Kaya, Kata Kolumnis Akhbar Bahasa Cina "