• Jangan Tertipu Tawaran Kerja Di Luar Negara

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Wednesday, 14 March 2018
    A- A+

    Rakyat Malaysia yang ingin merancang perjalanan ke luar negara perlu memohon visa bersesuaian selaras dengan tujuan perjalanan masing-masing.

    Kementerian Luar dalam kenyataan berkata, mana-mana warganegara yang bercadang untuk bekerja di luar negara pula perlu melalui saluran serta prosedur yang ditetapkan oleh negara berkenaan.

    Katanya, mereka bercadang bekerja di luar negara perlu mendapatkan visa bekerja terlebih dahulu sebelum mengadakan perjalanan ke sesebuah negara asing.

    "Warganegara dinasihatkan supaya tidak tertipu dengan skim tertentu yang menjanjikan tawaran pekerjaan di luar negara sekiranya visa atau permit bekerja yang sah tidak diperoleh terlebih dahulu.

    "Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan secara terus kepada Perwakilan Malaysia di negara berkenaan. Maklumat perhubungan perwakilan berkenaan boleh diperoleh melalui laman web Kementerian Luar di www.kln.gov.my," kata kenyataan itu .

    Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan 5,000 warganegara Malaysia bekerja secara tidak sah di Korea Selatan. Mereka dilaporkan ke Korea Selatan sebagai pelancong, namun menjadi pendatang tanpa izin (PATI) atau buruh haram sebelum akhirnya bergelar gelandangan.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Jangan Tertipu Tawaran Kerja Di Luar Negara "