• Jangan Suka-Suka Buat Penilaian - Ziana Zain

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 7 March 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Rentetan kontroversi yang melanda rumah tangga penyanyi Ziana Zain, 50, dia memberi amaran agar jangan ada sesiapa gemar membuat spekulasi bukan-bukan tentang hidupnya.

    Menerusi laman Instagram miliknya, @iamzianazain, pelantun lagu Puncak Kasih itu telah meluahkan isi hatinya melalui sekeping foto yang disertakan kapsyen berbunyi,"Don't judge my path if you haven't walked my journey."

    Berdasarkan luahan hatinya itu, kata-kata tersebut membawa maksud, "Jangan menilai kehidupannya jika anda tidak melalui perjalanan hidupnya."

    Semalam, suami kepada penyanyi yang berasal dari Merlimau, Melaka itu, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, telah didakwa di mahkamah kerana mendatangkan kecederaan kepada salah seorang daripada empat anak mereka.

    Mengikut kertas pertuduhan, perbuatan itu dilakukan di rumahnya di Denai Alam, Shah Alam, pada pukul 4 pagi, 25 Februari lalu.

    Berikutan itu, Armin didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau sebat atau dua daripada mana-mana seksaan itu.

    Terdahulu, laporan polis itu dibuat sendiri oleh Ziana pada 27 Februari lalu sebelum Armin ditahan pada Jumaat lepas.

    Ziana dan Armin berkahwin pada 1998 dan memiliki empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 18 , Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Jangan Suka-Suka Buat Penilaian - Ziana Zain "