• Jangan jadikan pilihan raya medan permusuhan - Suhakam

    Published: Wednesday, 21 March 2018
    A- A+
    KUALA LUMPUR 21 Mac - Calon-calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diingatkan supaya tidak menjadikannya sebagai medan permusuhan dengan menyemai kebencian antara agama sehingga menggugat keharmonian yang terbina.

    Sebaliknya, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malayais (Suhakam), Jerald Joseph meminta mereka supaya lebih bersifat profesional serta mematuhi etika kempen yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

    “Saya menggesa semua calon sama ada pembangkang atau Barisan Nasional (BN) supaya tidak menyentuh isu agama dan sensitiviti kaum ketika berkempen,” katanya dalam forum sempena pelancaran Laporan Malaysia Racial Discrimination 2017 di Wisma Badan Peguam di sini, hari ini.

    Yang hadir sama ialah Koordinator Residen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stefan Priesner; Pengarah Program Pusat Komas, Adli Zakuan Zairakithnaini; Pengarah Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin dan Pakar Psikologi Sosial, Dr. Ananthi Al Ramiah. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Jangan jadikan pilihan raya medan permusuhan - Suhakam "