• Jangan Dengar Fitnah Pembangkang, Najib Bawa Banyak Perubahan Kepada Sarawak

    Published: Thursday, 22 March 2018
    A- A+

    Walaupun pelbagai perubahan terutama untuk manfaat rakyat termasuk di Sarawak dilaksanakan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tetap menjadi mangsa fitnah pembangkang sebagai usaha menjatuhkan Barisan Nasional (BN).

    "Pelbagai fitnah dilontarkan terhadap Najib demi untuk menjatuhkan BN yang terbukti membawa banyak perubahan kepada rakyat," kata Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi seperti dilaporkan Utusan Borneo.

    Beliau yang juga Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menasihati masyarakat termasuk penduduk Song supaya tidak terpengaruh dengan hasutan pembangkang yang tidak berasas dan terus menyokong BN agar pembangunan dirancang dapat diteruskan.

    Malah menurutnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi Menteri Pendidikan (1986 - 1991) tidak membawa sebarang perubahan kepada sekolah di pedalaman Sarawak.

    "Mereka mempunyai kuasa yang besar ketika itu, kenapa tidak melakukannya malah anda sendiri juga boleh membuat perbandingan," ujarnya.

    Tambahnya, dalam tempoh 9 tahun Najib menjadi perdana menteri, banyak perubahan dilaksanakan dan dinikmati penduduk kawasan pedalaman.

    "Peruntukan besar juga diluluskan demi kesejahteraan rakyat," jelasnya.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Jangan Dengar Fitnah Pembangkang, Najib Bawa Banyak Perubahan Kepada Sarawak "