• Jangan Berhimpun, Jangan Degil

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Tuesday, 27 March 2018
    A- A+

    Sebarang perhimpunan atau protes di luar Bangunan Parlimen yang dijangka akan diadakan esok adalah dilarang.

    Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas mengikut peruntukkan undang-undang terhadap semua pihak dan individu yang didapati terbabit dengan perhimpunan itu.

    Katanya, sebarang usaha untuk mengadakan perhimpunan atau protes hanya akan menimbulkan kegusaran daripada segi keselamatan.

    "Setakat ini, kita tidak mengeluarkan sebarang permit kepada mana-mana pihak yang memberi kebenaran untuk mengadakan perhimpunan, malah sehingga saat ini tiada permohonan permit dilakukan.

    "Bagaimanapun, polis sentiasa bersedia bagi menangani sebarang insiden yang boleh menggugat keselamatan dan pergerakan lalu lintas, penugasan dan pergerakan anggota sudah disusun.

    "Tetapi kita menasihati pihak yang berkenaan, janganlah mengadakan perhimpunan, janganlah cuba mencetuskan kekacauan sehingga mendatangkan kemudaratan kepada keselamatan, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang masih berdegil," katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Mazlan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cubaan Bersih 2.0 untuk mengadakan perhimpunan di hadapan Parlimen esok bagi menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

    Memorandum itu adalah bagi membantah cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

    Susulan itu, Presiden Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos dilaporkan akan mengerahkan sehingga 10,000 ahli Gerakan Baju Merah turun ke pekarangan Bangunan Parlimen bagi menghalang Bersih 2.0 melakukan perhimpunan berkenaan.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Jangan Berhimpun, Jangan Degil "